IK 2-1

IK 1-2

Monday, September 26, 2011

Selamat Hari Lahir buat Abah - 25 September 2011

Assalamualaikum,

Selamat Hari Lahir yang ke-70 buat abah - Zainal Abideen bin Ibrahim. Didoakan agar abah panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar selama ini. Walaupun usia aku beberapa tahun lagi mencecah angka 40, namun bila dilihat sejarah semasa aku kecil. Aku mengkagumi ingatan abah terutamanya dalam menyelesaikan persoalan-persoalan semasa di sekolah terutamanya matematik. Dari segi ekonomi juga ternyata aku juga masih terkebelakang berbanding usia abah ketika sebaya dengan aku dahulu.

Aku juga berdoa agar aku berjaya melaksanakan beberapa perkara yang telah abah berjaya berjaya lakukan seperti menunaikan Fardhu Haji, memiliki sebuah rumah milik sendiri dan melaksanakan solat di Baitul Maqdis.

Tahniah! juga buat abah kerana mendapat seorang cucu lelaki pada hari ini. Iaitu anak ketiga adik aku Muzaffar yang menetap di Johor Bahru. Semoga semuanya selamat, Insyaallah.

0 comments:

Post a Comment

Waktu Solat

AL-QURAN

KANGAR-MEKAH

IK-2-2

FOREX

Dokumentari Konspirasi Pemecatan Anwar 2 September 2008