IK 2-1

IK 1-2

Sunday, August 14, 2011

Kejohanan MITI 2011

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa,

Walaupun telah sebulan berlalu, namun ianya masih tetap diingati. Kejohanan MITI merupakan acara tahunan dan tahun ini bagi sukan ping-pong ianya diadakan pada 23 Julai 2011 bertempat di MATRADE di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Tahun ni organisasi saya masih lagi menduduki tempat ke-2 secara keseluruhan dalam sukan MITI sama seperti tahun lalu. Pasukan ping-pong SME Bank Wanita telah menduduki tempat ke-4 secara keseluruhan pada tahun ini berbanding Naib Johan pada tahun 2010. Pasukan ping-pong SME Bank Lelaki juga gagal mempertahankan kejuaraannya pada tahun ini apabila tewas pada Perlawanan Akhir (2-3).

Saya telah menyertai Kejohanan MITI bagi acara ping-pong ini bagi tahun ketiga selepas organisasi ini diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri pada tahun 2008. Pada penyertaan sulung pasukan ping-pong SME Bank Lelaki hanya memperolehi tempat ketiga. Format perlawanan masih sama iaitu dua perseorangan dan tiga bergu. Pada tahun pertama saya menggalas tugas sebagai pemain perseorangan. Rekod saya ketika itu ialah 2-2 iaitu menang dua dan tewas dua. Tewas pada pemain MIDF (peringkat kumpulan) dan MIDA (penentuan tempat ketiga) tetapi menang dengan pemain MITI (peringkat kumpulan) dan MATRADE (Separuh Akhir).

Pada tahun 2010 dan 2011, saya hanya diturunkan sebagai pemain bergu. Saya dan Shamsul Azry telah menang kesemua perlawanan bergu pada tahun 2010 begitu juga dengan dua bergu lain (Mohd Nasir / Zainal & Kholwi / Badrul) menang kesemua perlawanan pada tahun yang sama. Kekuatan pasukan ketara kepada acara bergu pada tahun berkenaan. 2011 juga saya diturunkan sebagai pemain bergu dengan sekali berpasangan dengan Shamsul Azry dan tiga perlawanan lagi berpasangan dengan Encik Zainal. Sekali lagi saya telah mengutip mata bersih 4-0. Ini bermakna dua (2) tahun berturut saya masih mampu mengekalkan kemenangan tanpa kalah.

Sebenarnya pada tahun 2011 ini, kekuatan pasukan agak terjejas kerana tiga (3) pemain dari tonggak utama tahun 2010 telah tiada di dalam organisasi ini lagi. Pencaturan susunan pemain menjadi agak sukar. Tetapi apabila melangkah ke Perlawanan Akhir, saya masih berkeyakinan pasukan mampu mengekalkan kejuaraannya. Sehingga satu ketika, saya merasakan kejuaraan telah berada di dalam genggaman dengan memerlukan dua mata sahaja ketika itu untuk mencapainya. sedang pihak lawan memerlukan empat mata ketika itu. Tetapi ianya tidak menjadi kenyataan.

Perbezaan 2010 dan 2011 ialah tiada program yang tersusun yang dilaksanakan. Jurulatih juga tiada pada tahun 2011 berbanding 2010. Malah pada peringkat kumpulan pada 2011, pasukan nyaris terkeluar dari saingan awal kerana tewas satu perlawanan dengan MITI. Kekuatan pada 2010 dengan memenangi keseluruhan perlawanan.

Tahun 2012 akan datang menjanjikan saingan lebih sengit. Beberapa pasukan memang mempunyai jurulatih untuk membimbing pasukan seperti MATRADE dan SME Corporation. Pada tahun ini jurulatih tidak hadir kerana kebanyakkannya menyertai Kejohanan ping-pong Terbuka Serting yang berlangsung pada hari yang sama. SME Corporation yang kebanyakkan pemainnya menggunakan Long Pimples sebagai senjata, tahun ini sahaja sudah dilihat peningkatannya. Terkeluar dalam saingan awal kerana perbezaan mata sahaja.

Ada rakan-rakan dari organisasi lain terus memberi persoalan kepada saya kenapa saya tidak turun sebagai pemain perseorangan. Ianya mungkin dari segi taktik. Namun persoalannya bagaimana saya dapat bermain bergu tanpa latihan bersama kerana saya satu-satu pemain yang bukannya datang dari HQ, Kuala Lumpur. Saya gagal menjawab persoalan ini.

Saya berharap dapat menyertai pasukan organisasi saya sekali lagi pada tahun hadapan dengan harapan dapat mengekalkan rekod bersih saya tanpa kalah dalam dua tahun berturut-turut. Saya juga harap dapat menyediakan fizikal dan mental yang baik pada kejohanan berkenaan sama ada boleh diturunkan sebagai pemain bergu atau diturunkan sebagai pemain perseorangan. Jumpa di tahun hadapan.

Terima kasih.






0 comments:

Post a Comment

Waktu Solat

AL-QURAN

KANGAR-MEKAH

IK-2-2

FOREX

Dokumentari Konspirasi Pemecatan Anwar 2 September 2008