IK 2-1

IK 1-2

Wednesday, June 22, 2011

Genap 10 tahun

Hari ini genap 10 tahun aku berkhidmat di dalam organisasi ini. Sepanjang 10 tahun aku telah bertugas di tiga (3) buah cawangan iaitu Johor Bahru (2001-2003), Shah Alam (2003-2006) dan Kangar (2007-2011). Sepanjang masa berkenaan, organisasi ini telah diterajui oleh tiga (3) orang Datuk Pengarah Urusan yang berbeza. Kalau di bawah Ketua Langsung (Pengurus), saya pernah berkhidmat di bawah lapan (8) orang Pengurus Cawangan. Pelbagai perkara yang dapat dipelajari.

Secara asasnya, boleh dikatakan saya melaksanakan bidang tugas di dalam bidang Kredit sepanjang tempoh berkenaan kecuali bertugas kurang dari dua (2) tahun melaksanakan dua fungsi yang berbeza dari Kredit iaitu Khidmat Nasihat Pembangunan Perniagaan (2007-2008) dan melaksanakan Pentadbiran Kredit (2008-2009).

Saya masih lagi disini walaupun sering merungut berhubung dengan pelbagai tugas harian (sama sahaja di mana-mana) begitu juga dengan pendapatan bulanan seumpama pekerja baru setahun dua ('fresh graduate') yang diterima bertugas di organisasi korporat ternama di Malaysia. Namun saya masih tetap setia dan terus setia dengan organisasi ini... Mungkin tiada pilihan, tidak berusaha untuk keluar dari organisasi ini, rasa selesa dengan pendapatan sekarang (mungkin tidak), tidak berani mengambil risiko, tiada tawaran yang baik, faktor usia, faktor keluarga, rakan-rakan.... Hanya Allah Maha Mengetahui.

Dilihat dari sekeping foto di bawah (Batch 2001), ternyata saya merupakan salah seorang dari lapan (8) orang yang masih lagi setia di organisasi ini.


Apa pun saya tetap memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang telah Allah berikan. Moga terus dikekalkan hati ini agar terus berkhidmat sebaik mungkin yang termampu dengan amanah, jujur dan yang paling penting di rahmati dan dilindungi oleh Allah, Insyaallah.

0 comments:

Post a Comment

Waktu Solat

AL-QURAN

KANGAR-MEKAH

IK-2-2

FOREX

Dokumentari Konspirasi Pemecatan Anwar 2 September 2008