Assalamualaikum,
Selamat Hari Lahir yang ke-70 buat abah - Zainal Abideen bin Ibrahim. Didoakan agar abah panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar selama ini. Walaupun usia aku beberapa tahun lagi mencecah angka 40, namun bila dilihat sejarah semasa aku kecil. Aku mengkagumi ingatan abah terutamanya dalam menyelesaikan persoalan-persoalan semasa di sekolah terutamanya matematik. Dari segi ekonomi juga ternyata aku juga masih terkebelakang berbanding usia abah ketika sebaya dengan aku dahulu.
Aku juga berdoa agar aku berjaya melaksanakan beberapa perkara yang telah abah berjaya berjaya lakukan seperti menunaikan Fardhu Haji, memiliki sebuah rumah milik sendiri dan melaksanakan solat di Baitul Maqdis.
Tahniah! juga buat abah kerana mendapat seorang cucu lelaki pada hari ini. Iaitu anak ketiga adik aku Muzaffar yang menetap di Johor Bahru. Semoga semuanya selamat, Insyaallah.
Monday, September 26, 2011
Sunday, August 14, 2011
Kejohanan MITI 2011
Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa,
Walaupun telah sebulan berlalu, namun ianya masih tetap diingati. Kejohanan MITI merupakan acara tahunan dan tahun ini bagi sukan ping-pong ianya diadakan pada 23 Julai 2011 bertempat di MATRADE di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Tahun ni organisasi saya masih lagi menduduki tempat ke-2 secara keseluruhan dalam sukan MITI sama seperti tahun lalu. Pasukan ping-pong SME Bank Wanita telah menduduki tempat ke-4 secara keseluruhan pada tahun ini berbanding Naib Johan pada tahun 2010. Pasukan ping-pong SME Bank Lelaki juga gagal mempertahankan kejuaraannya pada tahun ini apabila tewas pada Perlawanan Akhir (2-3).
Saya telah menyertai Kejohanan MITI bagi acara ping-pong ini bagi tahun ketiga selepas organisasi ini diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri pada tahun 2008. Pada penyertaan sulung pasukan ping-pong SME Bank Lelaki hanya memperolehi tempat ketiga. Format perlawanan masih sama iaitu dua perseorangan dan tiga bergu. Pada tahun pertama saya menggalas tugas sebagai pemain perseorangan. Rekod saya ketika itu ialah 2-2 iaitu menang dua dan tewas dua. Tewas pada pemain MIDF (peringkat kumpulan) dan MIDA (penentuan tempat ketiga) tetapi menang dengan pemain MITI (peringkat kumpulan) dan MATRADE (Separuh Akhir).
Pada tahun 2010 dan 2011, saya hanya diturunkan sebagai pemain bergu. Saya dan Shamsul Azry telah menang kesemua perlawanan bergu pada tahun 2010 begitu juga dengan dua bergu lain (Mohd Nasir / Zainal & Kholwi / Badrul) menang kesemua perlawanan pada tahun yang sama. Kekuatan pasukan ketara kepada acara bergu pada tahun berkenaan. 2011 juga saya diturunkan sebagai pemain bergu dengan sekali berpasangan dengan Shamsul Azry dan tiga perlawanan lagi berpasangan dengan Encik Zainal. Sekali lagi saya telah mengutip mata bersih 4-0. Ini bermakna dua (2) tahun berturut saya masih mampu mengekalkan kemenangan tanpa kalah.
Sebenarnya pada tahun 2011 ini, kekuatan pasukan agak terjejas kerana tiga (3) pemain dari tonggak utama tahun 2010 telah tiada di dalam organisasi ini lagi. Pencaturan susunan pemain menjadi agak sukar. Tetapi apabila melangkah ke Perlawanan Akhir, saya masih berkeyakinan pasukan mampu mengekalkan kejuaraannya. Sehingga satu ketika, saya merasakan kejuaraan telah berada di dalam genggaman dengan memerlukan dua mata sahaja ketika itu untuk mencapainya. sedang pihak lawan memerlukan empat mata ketika itu. Tetapi ianya tidak menjadi kenyataan.
Perbezaan 2010 dan 2011 ialah tiada program yang tersusun yang dilaksanakan. Jurulatih juga tiada pada tahun 2011 berbanding 2010. Malah pada peringkat kumpulan pada 2011, pasukan nyaris terkeluar dari saingan awal kerana tewas satu perlawanan dengan MITI. Kekuatan pada 2010 dengan memenangi keseluruhan perlawanan.
Tahun 2012 akan datang menjanjikan saingan lebih sengit. Beberapa pasukan memang mempunyai jurulatih untuk membimbing pasukan seperti MATRADE dan SME Corporation. Pada tahun ini jurulatih tidak hadir kerana kebanyakkannya menyertai Kejohanan ping-pong Terbuka Serting yang berlangsung pada hari yang sama. SME Corporation yang kebanyakkan pemainnya menggunakan Long Pimples sebagai senjata, tahun ini sahaja sudah dilihat peningkatannya. Terkeluar dalam saingan awal kerana perbezaan mata sahaja.
Ada rakan-rakan dari organisasi lain terus memberi persoalan kepada saya kenapa saya tidak turun sebagai pemain perseorangan. Ianya mungkin dari segi taktik. Namun persoalannya bagaimana saya dapat bermain bergu tanpa latihan bersama kerana saya satu-satu pemain yang bukannya datang dari HQ, Kuala Lumpur. Saya gagal menjawab persoalan ini.
Saya berharap dapat menyertai pasukan organisasi saya sekali lagi pada tahun hadapan dengan harapan dapat mengekalkan rekod bersih saya tanpa kalah dalam dua tahun berturut-turut. Saya juga harap dapat menyediakan fizikal dan mental yang baik pada kejohanan berkenaan sama ada boleh diturunkan sebagai pemain bergu atau diturunkan sebagai pemain perseorangan. Jumpa di tahun hadapan.
Terima kasih.

Wednesday, June 22, 2011
Genap 10 tahun
Hari ini genap 10 tahun aku berkhidmat di dalam organisasi ini. Sepanjang 10 tahun aku telah bertugas di tiga (3) buah cawangan iaitu Johor Bahru (2001-2003), Shah Alam (2003-2006) dan Kangar (2007-2011). Sepanjang masa berkenaan, organisasi ini telah diterajui oleh tiga (3) orang Datuk Pengarah Urusan yang berbeza. Kalau di bawah Ketua Langsung (Pengurus), saya pernah berkhidmat di bawah lapan (8) orang Pengurus Cawangan. Pelbagai perkara yang dapat dipelajari.
Secara asasnya, boleh dikatakan saya melaksanakan bidang tugas di dalam bidang Kredit sepanjang tempoh berkenaan kecuali bertugas kurang dari dua (2) tahun melaksanakan dua fungsi yang berbeza dari Kredit iaitu Khidmat Nasihat Pembangunan Perniagaan (2007-2008) dan melaksanakan Pentadbiran Kredit (2008-2009).
Saya masih lagi disini walaupun sering merungut berhubung dengan pelbagai tugas harian (sama sahaja di mana-mana) begitu juga dengan pendapatan bulanan seumpama pekerja baru setahun dua ('fresh graduate') yang diterima bertugas di organisasi korporat ternama di Malaysia. Namun saya masih tetap setia dan terus setia dengan organisasi ini... Mungkin tiada pilihan, tidak berusaha untuk keluar dari organisasi ini, rasa selesa dengan pendapatan sekarang (mungkin tidak), tidak berani mengambil risiko, tiada tawaran yang baik, faktor usia, faktor keluarga, rakan-rakan.... Hanya Allah Maha Mengetahui.
Dilihat dari sekeping foto di bawah (Batch 2001), ternyata saya merupakan salah seorang dari lapan (8) orang yang masih lagi setia di organisasi ini.
Apa pun saya tetap memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang telah Allah berikan. Moga terus dikekalkan hati ini agar terus berkhidmat sebaik mungkin yang termampu dengan amanah, jujur dan yang paling penting di rahmati dan dilindungi oleh Allah, Insyaallah.

Thursday, June 2, 2011
Happy Anniversary
Assalamualaikum W.B.T,
Hari ini genap sedekad aku menjadi seorang suami. Dari hidup berdua kini telah pun memperolehi lima (5) orang anak-anak.
Tarikh ini pada 10 tahun lalu adalah satu sejarah yang tidak boleh dilupakan. 2 Jun 2001 merupakan hari akad nikahku. Ia merupakan hari Sabtu pertama pada bulan Jun tahun tersebut dan menjadi kelaziman merupakan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Hari Sabtu dengan cuti umum memanglah hari sesuai mengadakan majlis perkahwinan. Apa yang membingungkan, surat tawaran kerja baru saya di sebuah institusi kewangan(sehingga hari ini) juga tertera hari melapor diri di Cawangan Johor Bahru. Ini menyebabkan saya memohon penundaan tarikh lapor diri kepada 23 Jun 2011. Walaupun ianya telah lama berlalu namun kesemuanya masih tersimpan di dalam ingatan.
Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-10 buat isteriku yang tercinta. Terima kasih di atas menjadi sebahagian dari hidupku. Semoga hubunga kita terus berkekalan sehingga ke akhir hayat, Insyaallah. Marilah kita sama-sama terus mendidik anak-anak kita agar menjadi insan yang berakhlak mulia, diredhai Allah seterusnya berjaya sebagai insan di dunia dan diakhirat.
Terima kasih atas juadah berbuka puasa yang sedap tadi, pasta dan kek tiramitsu. Love you.

Tuesday, May 17, 2011
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum,
Walaupun agak terlewat namun di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia terutamanya kepada guru-guru saya bermula di Tadika Kemas di Seksyen 16, Shah Alam (1979), Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Dawai Seksyen 16 Shah Alam (1980-1981), Sekolah Rendah Raja Muda di Seksyen 4, Shah Alam (1982-1983), Sekolah Rendah Jalan Pasar 1, Kuala Lumpur (1984), Sekolah Rendah Jalan Semenyih 1 (1985) serta guru-guru di Sekolah Menegah Sultan Abdul Aziz Shah Kajang - 1P3 (1986); 2P2 (1987); 3P1 (1988); 4P1 (1989) dan 5P1 (1990).
Tidak dilupakan kepada rakan-rakan sama ada rakan sekuliah atau bekas rakan sekerja yang telah memilih profession perguruan dengan ucapan Selamat Hari Guru.
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Sunday, May 15, 2011
Pengaktifan Blog.
Assalamualaikum,
Lama rasanya tak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini. Masa mula-mula buat blog ni, rasa seronok-seronok aje nak menulis sesuatu berkaitan perkara harian yang dilalui. Namun sering kali gagal untuk mendisplinkan diri untuk melaksanakannya.
Pada awalnya, saya senaraikan kesemua 'link website' yang sering saya lawati. Kekadang apabila saya perlukan saya tercari-cari website berkenaan. Oleh kerana ada blog ini senang sahaja saya mengaksesnya tanpa perlu mengingati alamat 'website' berkenaan. Antaranya saya meletakkan laman web bagi akhbar-akhbar di Malaysia, laman web bagi anak-anak bagi memudahkan anak-anak melayarinya, laman web bank-bank di Malaysia (kerana saya salah seorang dari warga bank di Malaysia) dan akhir sekali laman web berkaitan dengan sukan ping-pong (hobi saya semenjak sekolah lagi).
Tujuan asalnya hanyalah lebih berbentuk peribadi tetapi pada masa yang sama kekadang dapat berinteraksi dengan orang lain. Saya pernah ditanya mengenai rumah sewa di Kangar kerana saya ada menulis berhubung bilik sewa yang dihuni oleh ex-pengurus cawangan. Secara tidak langsung membantu orang lain.
Terkininya saya pernah dihubungi oleh seseorang yang baru berpindah ke Perlis bertanyakan tentang lokasi latihan ping-pong. Saya pula pada masa itu telah berhenti seketika dari bermain ping-pong kerana ketiadaan infrastruktur bagi sukan ini. Namun sebaliknya beliau memaklumkan terdapat Kejohanan Ping-Pong Tertutup Perlis baru-baru ini. Dari situ, saya kembali bersukan kembali. Bukan untuk meraih sebarang kemenangan tetapi sekadar untuk mengeluarkan peluh.... lebih kepada kesihatan (dengan Izin Allah). Bermula dari Kejohanan berkenaan, saya telah dimaklumkan bahawa terdapat latihan ping-pong bagi kanak-kanak setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dengan bayaran cuma RM5.00 sebulan. Ini memberi peluang kepada saya mendedahkan sukan yang saya ceburi ini kepada anak-anak.
Atas dasar itu, saya berazam untuk kembali mencoretkan sesuatu. Akhir kata, kepada kaum keluarga, rakan-rakan FB yang telah mengucapkan Selamat Hari Lahir serta dengan doa amatlah dihargai dan dengan ucapan jutaan terima kasih atas ingatan.
Sekian, terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)